suria

Perlumbaan Basikal Sejauh 300 Kilometer Sambil Beramal - MfMC

KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu pertubuhan Misi Untuk Kanak-Kanak Hilang (MfMC) akan menganjurkan perlumbaan basikal pada 31 Oktober ini.

Perlumbaan jelajah berbasikal amal ini membawa mesej kesedaran mengenai keselamatan dan kehilangan kanak-kanak.

Pengerusi MfMC, Mohd Khafiz Bachok berkata, pertandingan berbasikal sejauh kira-kira 300 kilometer selama dua hari ini akan bermula di ibu negara dan berakhir di Cameron Highlands.

Menurut Khafiz, ini adalah kali pertama pertandingan jelajah berbasikal amal dan kempen kesedaran diadakan serentak. dalam satu kempen.

"Sepanjang destinasi, peserta akan mengedar risalah, memberi taklimat dan berkongsi tips-tips berguna tentang keselamatan kanak-kanak kepada orang awam.

"Setiap peserta akan diberi markah berdasarkan kiraan masa semasa perlumbaan dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai," ujarnya.

Kempen ini adalah kesinambungan dengan siri jelajah berbasikal merentasi semenanjung Malaysia dari Singapura ke Hatyai dan jelajah berbasikal merentasi Banjaran Titiwangsa yang diadakan pada awal tahun ini.

Pertandingan dengan kerjasama Komuniti Prihatin Jenayah Malaysia (MCCC) dan Malaysian Community Care Foundation (MMCF) untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya ibu bapa dan kanak-kanak.

Bagi peminat sukan lasak yang ingin turut sertai, boleh mendaftar di laman sesawang http://www.mfmc82012.blogspot.my atau e-mel kepada [email protected] atau menghubungi pihak urusetia di talian 016-7157912 (Khafiz) dan 012-2363581 (Rozaimi).

Artikel Berikut

Artikel Lain