suria

Seorang Peserta Fit Malaysia Meninggal Dunia

KEPALA BATAS: Seorang peserta Fit Malaysia berusia 55 tahun yang terlibat dalam acara berbasikal bagi kategori 30 kilometer meninggal dunia akibat kegagalan jantung.

Kee Ing Lam dari Taman Teluk Ayer Tawar rebah semasa menunggang basikalnya di Jalan Kubang Menerong, kira-kira tujuh kilometer dari petak permulaan dalam acara yang bermula pada pukul 7.30 pagi.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kepala Batas dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Kee merupakan antara 25,000 peserta pada acara yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Fit Malaysia, Kee Ing Lam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain