suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kualiti Udara Pulih, Hanya Langkawi Catat IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Keadaan kualiti udara negara yang dilanda jerebu hampir pulih apabila hanya kawasan Langkawi, Kedah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 pagi Sabtu.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Langkawi mencatat bacaan IPU 101 pagi ini manakala 50 kawasan lain mencatat IPU sederhana.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200  (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Jerebu teruk melanda negara sejak minggu lalu dipercayai akibat pembakaran hutan di Indonesia sehingga menyebabkan sekolah di beberapa negeri ditutup pada Selasa lepas dan beberapa jadual penerbangan oleh syarikat penerbangan dijadualkan semula.

IPU, jerebu, kualiti udara, JAS

Artikel Berikut

Artikel Lain