suria

Jerebu: Semua Sekolah Di Kuching Dan Samarahan Diarah Tutup Esok

-foto THE STAR
PUTRAJAYA, Kementerian Pendidikan menyatakan semua sekolah di Kuching dan Samarahan diarah tutup esok selepas masing-masing mencatat IPU 192 dan 199 iaitu status tidak sihat.

Berdasarkan pemantauan berterusan sehingga 4 petang tadi, IPU di bahagian Kuching dan Samarahan didapati tidak banyak berubah walaupun berlaku sedikit penurunan berbanding pagi tadi.

"Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah di kawasan berkenaan hendaklah memaklumkan dengan kadar segera kepada ibu bapa dan penjaga tentang penutupan ini," kata kementerian dalam kenyataan di sini, Khamis.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah khususnya di kedua-dua kawasan itu diminta terus memantau bacaan IPU yang dikeluarkan pihak berwajib dari semasa ke semasa.

Pada masa sama, pihak berkenaan juga diminta mengambil tindakan sewajarnya di peringkat masing-masing berdasarkan Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
jerebu, Kementerian Pendidikan, IPU

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain