suria

Lapan Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 10 Malam

KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 malam Khamis, berbanding 12 kawasan di sebelah petang.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), lapan kawasan berkenaan ialah  Bukit Rambai (104), Nilai (103), Kapit (130), Kuching (164), Samarahan (176), Sarikei (105), Sri Aman (147) dan Shah Alam (103).

Sebanyak 39 kawasan pula mencatat bacaan sederhana iaitu Bandaraya Melaka di Melaka; Seremban di Negeri Sembilan; Banting dan Petaling Jaya di Selangor; Kota Tinggi, Larkin Lama, Muar dan Pasir Gudang di Johor; Bakar Arang di Kedah, SMK Tanjung Chat, Kota Bharu dan Tanah Merah di Kelantan; Port Dickson di Negeri Sembilan; Balok Baru, Kuantan, Jerantut di Pahang; Jalan Tasek, Kampung Air Putih, SK Jalan Pegoh dan Seri Manjung di Perak.


Kawasan lain ialah Seberang Jaya 2 dan Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang; Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau di Sabah; Bintulu, ILP Miri, Limbang, Miri dan Sibu di Sarawak; Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang di Selangor; Kemaman, Kuala Terengganu dan Paka di Terengganu; Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur; Labuan serta Putrajaya.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas berbahaya.


Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
jerebu, IPU, JAS

Artikel Sebelum

Peniaga Petaling Street Puji Polis

Artikel Lain