suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahid: Tindakan Undang-Undang Tetap Akan Diambil Ke Atas Penganjur Bersih

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

IPOH: Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tindakan undang-undang akan tetap diambil ke atas penganjur Bersih 4.0.

Mereka melanggar undang-undang, kerana perhimpunan itu adalah perhimpunan haram, kata Ahmad Zahid.

Katanya, walaupun setakat ini tiada tangkapan dibuat tetapi itu tidak bermakna ia tidak akan diambil selepas ini.

Pihak polis, jelasnya lagi memerhatikan setiap apa yang diperkatakan dan dilakukan sepanjang perhimpunan itu yang bermula pada jam 2 petang Sabtu dan masih berterusan sehingga berita ini ditulis.

"Pihak polis sedang memerhatikan dan kami tahu apa yang sedang terjadi. Dan ini bukanlah satu janji atau amaran namun tindakan akan tetap diambil," ujarnya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Ipoh Timur di sini pada Ahad.

Tambah Ahmad Zahid, beliau bersetuju dengan amaran yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, yang berkata;  ‘berani buat berani tanggung’.

Ahmad Zahid juga membidas mereka yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini menyokong Perhimpunan Bersih 4.0.

Katanya, Dr Mahathir hanya berada di sekitar kawasan perhimpunan berkenaan lebih kurang enam minit sahaja.

Sebelum itu, Ketua Umno Ipoh Timur, Datuk Azian Osman dalam ucapan pembukaannya menyeru Ahmad Zahid menggunakan kuasa yang ada padanya selaku menteri dalam negeri dengan menahan para penganjur Bersih 4.0 itu.

“Tangkap mereka. Ia adalah satu perhimpunan haram. Tangkap setiap seorang daripada mereka,” tegas Azian.

Tambah beliau, jika Umno hendak tunjuk kekuatan Umno pun boleh kumpulkan 200,000 orang turun padang.

Artikel Lain