suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurus Besar MADA Meninggal Dunia Di HSB

ALOR SETAR: Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Md Zuki Ismail meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, pada Sabtuakibat serangan angin ahmar.

Md Zuki, 56, meninggal dunia kira-kira 1.35 petang tadi selepas dimasukkan ke HSB pada Selasa lepas setelah diserang angin ahmar di rumahnya di Lorong Pipit, Jalan Sultanah di sini.

Anak sulungnya Mohd Hafifi Hafis, 30, berkata bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan serius sebelum ini dan baru sahaja pulang ke rumah Ahad lepas daripada urusan kerja di Kelantan.

"Kesihatan bapa mulai merosot pada hari kedua dirawat di hospital," katanya di sini.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Hitam, Jerlun selepas solat Asar.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berusia antara 21 hingga 30 tahun.

Md Zuki, lulusan ijazah Sarjana Muda Pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan ijazah Sarjana Pertanian dari Universiti Liverpool, mula berkhidmat dengan MADA pada 1985 sebagai pegawai pertanian.

Allahyarham, yang berasal dari Kampung Lubok Pinang, Jerlun, menyandang jawatan Pengurus Besar pada 11 Jun 2014 bagi menggantikan Datuk Abdul Rahim Salleh yang bersara.

Artikel Lain