Bapa Rayu Anak Perempuan Kembali Ke Pangkuan Keluarga - Semasa | mStar

Bapa Rayu Anak Perempuan Kembali Ke Pangkuan Keluarga

BUKIT MERTAJAM: Seorang bapa warga Myanmar merayu agar anak perempuannya berusia 16 tahun yang  melarikan diri dari rumah sewa mereka di Permatang Batu, di sini sejak Khamis lepas supaya pulang ke pangkuan keluarga.

Mohd Rafi Kassim, 41, berkata anak gadisnya, Lamad Bi, dipercayai melarikan diri bersama seorang lelaki juga warga Myanmar dikenali sebagai Osman, 27, yang merupakan penyewa sebuah bilik di rumah mereka.

"Pada hari Khamis lepas, saya menerima panggilan daripada isteri Osman yang baru sahaja pulang dari pasar kira-kira pukul 10 pagi dan memberitahu bahawa anak perempuan saya sudah hilang.

Sejak hari itu Osman yang saya anggap seperti adik-beradik sendiri itu juga tidak pulang ke rumah dan jiran saya ada memberitahu ternampak lelaki itu menaiki bas dari Butterworth menuju ke Parit Buntar, Perak pada hari berkenaan, tetapi tidak pasti anak saya bersamanya atau tidak," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata mereka sekeluarga mengenali Osman yang bekerja kontrak dan isterinya sejak setahun lepas selepas pasangan  berkenaan menyewa bilik dirumahnya.

Mohd Rafi yang juga bekerja kontrak berkata mereka sekeluarga risau terhadap kesihatan anak perempuannya itu kerana gadis  berkenaan merupakan penghidapTalasemia.

"Dalam keadaannya yang lemah itu, saya tidak tahu macam mana dengan keadaannya kini kerana dia perlu bergantung kepada ubatan. Saya merayu agar Osman membawa dia pulang kerana kesihatannya begitu membimbangkan dan isteri Osman juga turut  ditinggalkan bersendirian bersama anak kecil berusia empat bulan," katanya.

Katanya beliau mengesyaki tindakan itu telah dirancang bersama Osman memandangkan anak gadisnya turut membawa beg pakaian.

"Selain itu, anak saya turut membawa wang tunai lebih RM1,000 dan sejumlah barang kemas yang disimpan di rumah ketika  melarikan diri," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada Khamis.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Mohd Rafi di talian 019-376 7017.

Bapa rayu anak pulang , Lamad Bi

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain