suria

Petani Jumpa Bom Di Belakang Rumah

PASIR PUTEH: Seorang petani terkejut apabila menjumpai sebutir bom yang masih aktif ketika sedang membina batas untuk menanam ubi kayu di belakang rumahnya di Kampung Sungai Seligi, Bukit Abal di sini, Selasa lepas.

Mat Jusoh Husin, 61, berkata pada mulanya beliau menyangka objek itu besi buruk terbuang tetapi selepas menelitinya ia menyerupai sebiji bom sebagaimana yang pernah dilihatnya di televisyen.

"Bom itu berada dalam kedudukan yang mendatar kira-kira 50 meter dari rumah dan saya tidak menyangka menemui bom itu kerana kawasan tanah dibajak dengan jentera setiap tahun," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Mat Husin berkata beliau melaporkan penemuan objek tersebut kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh pada 1.10 petang semalam selepas beberapa jirannya percaya objek itu adalah bom.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Abdul Rozak Muhamad berkata sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dihantar menyiasat penemuan bom berkenaan.

Beliau berkata objek berkenaan kemungkinan bom yang digunakan dalam latihan ketenteraan yang tidak meletup sebelum ini bagaimanapun siasatan sedang dijalankan.

Bom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain