suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB Nafi Laporan Business Times Singapura Mengenai IPIC

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan laporan oleh The Singapore Business Times mengenai perjanjian pembidaan dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) Abu Dhabi sebagai 'tidak berjaya'.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu, 1MDB berkata, perbincangan dengan IPIC masih berjalan bagi memuktamadkan transaksi mengikut terma seperti yang diumumkan secara rasmi oleh IPIC kepada Bursa Saham London pada 10 Jun, 2015.

Artikel The Business Times itu adalah berasaskan perbualan dengan sumber yang tidak dikenali, yang ternyata tidak profesional dan tidak perlu, kata 1MDB dalam satu kenyataan di sini.

1MDB berkata, syarikat itu kini memberi tumpuan ke atas usaha melaksanakan pelan rasionalisasi dengan jayannya, yang sudah terbukti berdasarkan pelbagai pengumuman rasmi yang dibuat setakat ini.

Ia memberikan contoh lembaran terma pembidaan yang dilaksanakan dengan  IPIC, senarai pendek pembida terpilih untuk menjana kewangan Edra Global Energy Bhd dan proses jualan semasa untuk Bandar Malaysia.

"Kami mengesahkan komitmen kami untuk menjayakan rasionalisasi ini dan akan terus memberi makluman terkini kemajuan rasmi secara berkala," katanya. - Bernama

1MDB

Artikel Lain