suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laluan Tren Tumpat-Kemubu Dibuka Semula 31 Ogos Ini

KUALA LUMPUR: Laluan tren dari Tumpat ke Kemubu akan beroperasi semula mulai 31 Ogos ini selepas dihentikan akibat banjir tahun lepas.

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memberi kelulusan untuk laluan itu dibuka semula selepas berpuas hati dengan aspek keselamatannya.

"Bagaimanapun kita tidak dapat beroperasi sepenuhnya kerana masih terdapat kerja membaik pulih jambatan di Kemubu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Peraduan Kira dan Menang Sehati Sejiwa di Kuala Lumpur Sentral di sini Selasa.

Sementara itu beliau berkata KTMB tidak akan menaikkan tambang dalam masa terdekat walaupun terdapat perancangan untuk berbuat demikian.

Katanya kini 70 peratus daripada penumpang KTMB terdiri daripada golongan wanita dan 45 peratus pula merupakan warga asing.

Mengenai peraduan itu, Sarbini berkata ia untuk membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan penumpang KTMB yang peraduannya dibuka kepada semua warganegara Malaysia bermula Selasa dan berakhir pada 22 September depan.

KTMB, laluan Tumpat-Kemubu

Artikel Lain