suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imigresen: Jessica Tidak Dihantar Pulang

Sakib Kusmi
PETALING JAYA: Pegawai undang-undang warga Singapura yang dipecat, Jessica Gurmeet Kaur tidak akan dihantar pulang ke negara asalnya, menurut Jabatan Imigresen.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Sakib Kusmi berkata Imigresen tidak akan mengusir Jessica walaupun taraf penduduk tetapnya (PR) telah dibatalkan.

"Tidak ada keperluan untuk mengusir dia. Dia boleh memohon pas khas atau pas lawatan sosial memandangkan dia berkahwin dengan rakyat Malaysia," katanya pada Ahad.

Ditanya sama ada Jessica masih berada di Malaysia, Sakib enggan mengulas.

Jessica, bekas Pegawai Pejabat Peguam Negara itu dijangka memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar perintah pengusiran yang dikeluarkan terhadapnya oleh Kementerian Dalam Negeri.

Jessica sudah menetap di Malaysia selama lebih 20 tahun sebelum tindakan secara drastik dalam beberapa hari ini, yang bermula dengan siasatan pihak berkuasa terhadapnya dan bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Rashpal Singh berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang dikatakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Jessica Gurmeet Kaur, 1MDB

Artikel Lain