suria

Rundingan Pembebasan Mangsa Culik Sedang Dijalankan

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata rundingan sedang dijalankan bagi pembebasan dua rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata dipercayai dari selatan Filipina pada 14 Mei lepas.

Beliau berkata setiap tindakan yang diambil perlu dibuat secara teratur dan meminta anggota keluarga mangsa supaya bersabar.

"Kami (polis) tidak perlu sebutkan satu persatu tindakan yang diambil, tapi kami minta supaya keluarga yang terlibat supaya bersabar.

"Polis sedang berunding supaya perkara itu dapat diselesaikan namun memerlukan masa," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata kedua-dua mangsa berada dalam keadaan selamat dan meminta anggota keluarga tidak terpengaruh dengan khabar angin dan pelbagai andaian yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Thien Nyuk Fun, 50, dan Bernard Then Ted Fen, 39, diculik pada 14 Mei lalu oleh empat lelaki bersenjata yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dalam kejadian pada kira-kira 7.45 malam.

Jalaluddin Abdul Rahman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain