suria

Jamal Yunos Tarik Balik Gesaan Khaled Nordin Letak Jawatan

Mohamed Khaled Nordin.

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos meminta maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menggesa Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor.

Jamal berkata, kenyataan tersebut hanyalah pendapat peribadi yang dikeluarkan dalam kumpulan secara tertutup.

Permohonan maaf itu dibuat selepas berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Terdahulu, Jamal menggesa Khaled Nordin melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Johor berikutan pendirian bercanggah berhubung sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jamal mendakwa Khaled dilihat menyokong Perdana Menteri tetapi pada masa yang sama orang kanan beliau dan anaknya Akmal Saufi melancarkan serangan terhadap Presiden Umno itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain