suria

Barisan Kepimpinan Baharu Dipilih Dalam EGM Dong Zong

Sekumpulan penunjuk perasaan cuba merempuh pagar untuk memasuki bangunan Dong Zong.

KAJANG: Selepas beberapa siri penangguhan, Dong Zong akhirnya berjaya mengadakan mesyuarat agung luar biasanya (EGM) pada Ahad.

Barisan kepimpinan baharu dilantik dalam satu mesyuarat yang dihadiri seramai 46 wakil dari 10 negeri.

Pau Chiong Ong dipilih sebagai presiden baharu bagi pergerakan pendidikan Cina itu manakala Tan Tai Kim sebagai timbalannya.

Poh Chin Chuan mempertahankan kedudukan selaku setiausaha agung.

Mesyuarat tertutup itu berakhir kira-kira pukul 1 petang.

Terdahulu, sekumpulan penunjuk perasaan merempuh masuk ke dalam bangunan Dong Zong di sini pagi Ahad dalam usaha untuk menghalang EGM daripada diadakan.

Penunjuk perasaan berhimpun di luar perkarangan bangunan Dong Zhong seawal pukul 8 pagi tetapi tidak dibenarkan masuk.

Kira-kira 15 minit sebelum mesyuarat bermula pada pukul 11 pagi, beberapa penunjuk perasaan menggunakan besi pemotong untuk memotong rantai, menolak dan mengangkat pintu pagar, menyebabkan ia hampir roboh.

Bekas Timbalan Presiden Chow Siew Hin menyifatkan EGM tersebut sebagai tidak sah.

Pada masa sama, beliau menegaskan kepimpinan baharu itu juga menyalahi undang-undang kerana ahli jawatankuasanya tidak boleh dipilih dalam EGM tersebut.


EGM, Dong Zong

Artikel Lain