Tiga Elemen Penting Pastikan Kestabilan Sabah - Ahmad Zahid - Semasa | mStar

Tiga Elemen Penting Pastikan Kestabilan Sabah - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid membincangkan sesuatu dengan Dr Mohd Salleh Said Keruak selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Belud di Dewan Tun Said, Kota Belud, Sabah pada Ahad.-fotoBERNAMA

KOTA BELUD: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga elemen penting bagi memastikan kestabilan Sabah terus terjamin di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tiga elemen tersebut ialah kestabilan politik, pengukuhan ekonomi dan pemerkasaan aspek keselamatan, katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Belud di sini, pada Ahad.

Umno Bahagian Kota Belud diterajui Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata elemen ini penting kerana ia mampu menjadi platform dalam menentukan kelangsungan kemakmuran dan kekuatan Sabah, sekali gus rakyat negeri ini mampu menikmati kesejahteraan di bawah kerajaan BN.

Justeru, ketiga-tiga elemen ini, katanya, harus diberi perhatian penuh memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab dari luar dan dalam yang menjadikan ia sebagai sasaran untuk kepentingan mereka.

"(Jalinan kestabilan dan pengukuhan) elemen-elemen ini penting, kerana tidak mustahil ada pihak kurang senang dan 'sakit mata' melihat kemakmuran di Sabah ini," katanya.

Justeru, Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri berkata langkah-langkah proaktif perlu diambil bagi menyekat mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat politik, ekonomi dan keselamatan Sabah termasuk mereka yang ingin menggulingkan kerajaan sedia ada.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut memuji Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman atas ketokohan dan kepimpinan beliau dalam memperjuang nasib rakyat di Sabah.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan semua anggota Umno supaya terus merapatkan barisan kepimpinan termasuk memberi komitmen kepada kepimpinan kerajaan sedia ada.

Beliau juga mengingatkan pemimpin atasan supaya sentiasa turun padang kerana pemimpin Umno bukan pemimpin bermusim.

Umno Sabah , Dr Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Sebelum

18 AJK PAS Kelana Jaya Letak Jawatan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini