suria

Majlis Terakhir Muhyiddin Sebagai Menteri Pendidikan

Muhyiddin disambut meriah oleh pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa Matrix ketika merasmikan sekolah itu di Bandar Sri Sendayan pada Selasa. - fotoBERNAMA

SEREMBAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan majlis pembukaan Sekolah Antarabangsa Matrix (MGS) di Bandar Sri Sendayan dekat sini sebagai tugas terakhirnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Timbul spekulasi awal pagi Selasa bahawa beliau tidak mungkin hadir pada majlis tersebut berikutan pengumuman rombakan Kabinet.

Muhyiddin tiba di kampus MGS kira-kira pukul 10.15 pagi dan diiringi ke dewan besar oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam ucapannya, Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan MGS kerana menyediakan peluang kepada pelajar yang ingin belajar di sekolah antarabangsa atau sekolah swasta.

MGS yang terdiri daripada Pra Sekolah Antarabangsa Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Sekolah Swasta Matrix, dibuka pada September lalu dan mempunyai 426 pelajar berdaftar.

Menggunakan konsep pelajaran Kolej Ellesmere, sebuah sekolah kediaman berprestij British, kampus MGS yang mempunyai kemudahan lengkap bersamaan dengan kebanyakan universiti termasuk auditorium, dewan kuliah, bilik muzik, studio rakaman dan pusat seni persembahan.

Petugas media dan kru televisyen dari Kuala Lumpur cuba bertanya mengenai perancangan masa depannya semasa Muhyiddin berjalan memasuki dewan tetapi beliau sekadar tersenyum.

Anak perempuannya, Najwa Mahiaddin kemudiannya 'mentwit' semula gambar dimuat naik @Fa­­rid_Farish, memperlihatkan bapanya memeluk ibunya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selepas pengumuman rombakan Kabinet.

Pada sebelah petang, Muhyiddin turut menerima ramai pengunjung di kediamannya di Jalan Setiabakti di Kuala Lumpur.

Muhyiddin Yassin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain