suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak 14 Bulan Dilarikan Ditemui Selamat

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan yang dilaporkan hilang dan dilarikan bersama sebuah kereta di pusat beli-belah Subang Parade, Subang Jaya pada Ahad, ditemui dalam keadaan selamat.

Mangsa dilaporkan ditinggalkan di dalam troli berseorangan berhampiran sebuah stesen minyak di Glenmarie, Shah Alam.

Kanak-kanak itu ditemui oleh seorang pekerja stesen minyak terbabit yang bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan. 

Terdahulu, kereta yang dinaiki kanak-kanak itu ditinggalkan bapanya dalam keadaan enjin masih hidup untuk memanggil ibu mangsa yang bekerja di sebuah pusat beli-belah.

Namun, seorang lelaki dilaporkan bertindak melarikan kereta Perodua Myvi milik bapa mangsa kira-kira pukul 10.30 malam. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa berjaya ditemui semula kira-kira pukul 1 pagi. 

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke balai polis untuk diserahkan kembali kepada warisnya,” katanya.

Menurut Yahaya, kereta Perodua Myvi yang dilarikan itu masih belum ditemukan sehingga hari ini.

Berita kehilangan kanak-kanak itu menjadi viral di laman sosial selepas bapa saudara mangsa meminta orang ramai menyebarkan maklumat tentang Perodua Myvi berwarna putih dilarikan bersama seorang bayi di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya.
kanak-kanak, dilarikan, Perodua MyVi

Artikel Lain