suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Karam Di Kuala Kedah, Tiga Nelayan Diselamat

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah menyelamat tiga orang nelayan pada Ahad berikutan bot mereka karam dua batu nautika daripada Kuala Jerlun.

Ketua Penguatkuasanya Ahmad Kamal Mohd Noor berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian bot karam itu pada pukul 6.50 petang daripada APMM Wilayah Utara.

"Bot tersebut yang membawa mangsa yang berusia antara 49 hingga 60 tahun dilapor dipukul ombak sehingga menyebabkan bot mereka dimasuki air dan akhirnya tenggelam," katanya.

Beliau berkata pada pukul 7.30 malam, APMM menemukan ketiga-tiga nelayan berkenaan sedang berpaut pada pelampung dan tong ikan.

APMM, bot karam, Kuala Kedah

Artikel Lain