suria

Nik Abduh Dipilih Ketua Pemuda, Kemenangan Pertama Kumpulan Pro-Ulama

SHAH ALAM: Seperti dijangka, penyandang jawatan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat gagal mempertahankan kedudukannya apabila ‘anak Tok Guru’, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ‘diangkat’ oleh perwakilan untuk menjawat jawatan itu dalam pemilihan parti tahun ini.

Nik Abduh, anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meraih sebanyak 429 undi berbanding Suhaizan yang hanya mendapat 262 undi.

Pengumuman keputusan dilakukan pada pukul 6.20 petang selepas proses pengundian bermula pada pukul 9.55 pagi dan berakhir pada pukul 12.35 tengahari.

Dalam pemilihan kali ini, seramai 738 perwakilan bertanggungjawab membuang undi bagi pemilihan ketua Pemuda PAS.

Dalam pemilihan sayap pada 2013, Suhaizan menang tipis dengan majoriti 12 undi ke atas pencabarnya, Kamaruzzaman Mohamad daripada kumpulan pro-ulama.

Sementara itu bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS, seorang lagi ‘anak Tok Guru’, Mohd Khalil Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatannya, mengenepikan bekas Ketua Pemuda PAS Perak Raja Ahmad Iskandar Al- Hiss Raja Yaacob yang mencabarnya buat kali kedua.

Mohd Khalil yang juga ketua Pemuda PAS Marang merupakan anak presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohd Khalil mendapat  435 undi berbanding  Raja Ahmad 257 undi.

Situasi sama berlaku di posisi nombor tiga sayap apabila penyandang Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin dicabar sekali lagi oleh musuh lamanya daripada kumpulan profesional iaitu Nor Azman Mohamad.

Sekali lagi, jawatan ini berjaya dipertahankan dengan jumlah undi sebanyak 458 berbanding Nor Azman 235 undi.

Lain-lain calon dipilih sebagai ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS Pusat untuk 2013-2015 ialah ialah:

Berikut adalah senarai penuh barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS 2015:

Pengerusi Tetap :
Kamal Ashaari - 491 undi

Timbalan Pengerusi Tetap :
Dr Riduan Mohd Noor - 486 undi

Ketua Pemuda :
Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz - 429 undi

Timbalan Ketua Pemuda :
Mohd Khalil Abdul Hadi - 435 undi

Naib Ketua Pemuda :
Ir Haji Khairil Nizam Khirudin - 458 undi

AJK
1. Afnan Hamimi Taib Azamudden - 430 undi
2. Ahmad Fadhli Shaari - 447 undi
3. Hishamudin Abdul Karim - 432 undi
4. Izwan Abdul Halim - 355 undi
5. Mohd Azam Abd Samat - 409 undi
6. Mohd Hafez Sabri - 386 undi
7. Mohd Zawawi Abu Hassan - 402 undi
8. Ir Haji Muhtar Suhaili - 362 undi
9. Nurul Islam Mohamed Yusoff - 377 undi
10. Syahir Che Sulaiman - 409 undi
11. Syarhan Humaizi Abdul Halim - 406 undi
12. Syed Abdul Kadir Al Joofree - 399 undi



PAS

Artikel Lain