suria

Penyokong Setia Sambut Kepulangan Muhyiddin

Muhyiddin Yassin

SEPANG: Seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial, sekumpulan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin memenuhi bilik khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan Timbalan Perdana Menteri yang bercuti di Australia.

Kumpulan itu yang berada di hadapan bilik khas berkenaan sejak pukul 7 malam kemudian dilihat memasuki bilik yang dikawal pihak keselamatan kira-kira pukul 8.15 malam.

Turut dilihat masuk ialah Setiausaha Politik kepada Muhyiddin, Datuk Mohd Nardin Awang dan Setiausaha Akhbar, Hafiz Abdul Halim.

Wakil media daripada pelbagai agensi turut memenuhi ruang legar dihadapan bilik khas tersebut.

Sebelum ini dilaporkan, ada pihak menyebarkan teks pesanan yang meminta penyokong Muhyiddin berkumpul seramai mungkin bagi menyambut kepulangannya pada Selasa malam.

Ia hanya diperkatakan susulan mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu di mana 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan memberi kata dua kepada barisan menterinya yang menentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib dilaporkan memberitahu anggota kabinet sama ada "berada di sisinya atau meletak jawatan".


Muhyiddin Yassin, KLIA, 1MDB

Artikel Lain