suria

Remaja Antara Enam Yang Didakwa Rancang Serang Bangunan Kerajaan

KAJANG: Enam suspek militan, termasuk seorang berusia 17 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana merancang serangan pengganas di  lima lokasi sasaran, termasuk bangunan kerajaan, kelab malam dan pusat hiburan lain.

Keenam-enam mereka ditahan bulan lepas berhubung serangan yang dirancang.

Lima daripada mereka adalah Mohd Anwar Azmi, 33, Mohd Nurkamal Azmi, 30, Mohd Hafifi Tarmizi, 25, Izwan Shameer Suzaimi, 25, Muhammad Luqman Hakim Abdul Aziz, 22.

Anggota keenam yang berusia 17 tahun tidak boleh dinamakan, kerana dia masih di bawah umur.

Mereka didakwa pada Rabu kerana menggalakkan tindakan keganasan di Malaysia, yang bertentangan dengan Seksyen 130G (a) dan merupakan jenayah di bawah Seksyen 120 (b) (1) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan 30 tahun penjara dan denda.

Majistret Abdul Jalil Salam Mohamad menetapkan 22 Jun depan untuk sebutan seterusnya.

Bulan lepas, Cawangan Khas Bahagian Anti Keganasan Bukit Aman menahan 11 lelaki di kaki bukit Hutan Lipur Gunung Nuang di Hulu Langat ketika mereka mencampurkan bahan kimia untuk membuat alat-alat letupan (IED).

Mereka ditangkap ketika mereka sedang mencampurkan bahan kimia untuk membuat bahan letupan.

Militan dikatakan mempunyai bahan yang cukup untuk membuat bom dengan letupan pada radius 500m.

Ini diikuti oleh penangkapan pemimpin kanan sel di sebuah rumah di Cheras.

Artikel Lain