suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kabinet Bayangan Pembangkang Diputuskan Selepas Mesyuarat Pakatan - Azmin

Mohamed Azmin Ali
SHAH ALAM: Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini. 

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu akan dibincangkan para pemimpin tertinggi DAP, PAS dan PKR. 

"Perkara ini akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat (pakatan pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Agenda Makmur Selangor dan Darul Ehsan Investment Group di sini, Rabu.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Selasa yang menolak cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan kabinet bayangan pembangkang.

Lim dilapor sebagai berkata kabinet bayangan pembangkang adalah tidak praktikal, justeru DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti itu. 

Pada Isnin, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR mengumumkan cadangan mewujudkan semula kabinet bayangan pembangkang bertujuan memperkukuh sistem 'check and balance' (periksa dan imbang) dalam pentadbiran negara.

Artikel Lain