suria

SPRM Sahkan Bekas Pengarah Tanjung Offshore Ditahan

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu mengesahkan seorang bekas pengarah kanan Tanjung Offshore Bhd ditahan bagi membantu siasatan mengenai pembelian syarikat Gas Generators (Malaysia) Sdn Bhd.

"SPRM akan mendapatkan perintah reman esok," kata jurucakap SPRM kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Tanjung Offshore mendapat liputan berita sejak kebelakangan ini berikutan perbalahan ahli lembaga pengarah, yang menyebabkan penggantungan tiga pegawai syarikat, awal tahun ini.

Tanjung Offshore pada asasnya terlibat dalam penyediaan perkakasan kejuruteraan, perkhidmatan penyelenggaraan peralatan, perkhidmatan pelantar pengeluaran untuk industri minyak dan gas menerusi anak-anak syarikatnya.

Pada akhir urus niaga hari ini, harga saham syarikat itu kekal pada 47 sen dengan 35,100 saham didagangkan.
SPRM, Tanjung Offshore

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain