suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAC Mulakan Prosiding Siasatan Kemelut 1MDB Hari Ini

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Selasa memulakan prosiding siasatan berhubung isu yang dihadapi syarikat pelaburan strategik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Prosiding yang berlangsung di bangunan Parlimen itu menyaksikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah antara yang hadir bagi memberi penjelasan dalam mesyuarat yang berlangsung pukul 11 pagi.

Irwan adalah anggota Lembaga Penasihat 1MDB.

Turut hadir untuk memberi keterangan pada prosiding PAC itu ialah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff.

Mereka berdua akan memberikan kenyataan kepada PAC yang diketuai Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengenai 1MDB.

Setakat pukul 2 petang ini, siasatan masih berjalan dan sidang media dijangka diadakan selepas mesyuarat berkenaan tamat.

PAC mengambil keputusan memulakan siasatan terhadap 1MDB selepas mesyuarat khas yang diadakan pada 30 April lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah mengarahkan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang untuk menjalankan siasatan terhadap 1MDB.

Menurut Ambrin laporan audit berkenaan 1MDB akan dikeluarkan penghujung Jun depan.

PAC, kemelut 1MDB

Artikel Lain