suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hadi Tolak Jawatan Kabinet Bayangan Pakatan

Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sebarang portfolio dalam Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun Presiden PAS itu mahu pakatan pembangkang berusaha ke arah mencapai kemenangan sebelum menyentuh mengenai kedudukan dan jawatan dalam Kabinet bayangan.

"Tak masuk nama saya pun tak apa dalam Kabinet itu. Tak jadi masalah. Apa yang penting ialah kita menang dan bagaimana nak isi kemenangan," katanya dalam program 'Bicara Harakah' di MyHarakah Bazar di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan pembentukan Kabinet bayangan oleh Dr Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang yang baharu.

Cadangan Kabinet bayangan itu merupakan antara matlamat utama Presiden Parti Keadilan Rakyat itu selepas mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang yang sebelum ini disandang suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembentukan Kabinet bayangan itu adalah yang pertama bagi pakatan pembangkang selepas idea berkenaan ditolak Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Artikel Sebelum

Artikel Lain