suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS: Husam Tolak Pencalonan Presiden & Timbalan

Husam Musa

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menolak pencalonannya untuk menentang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS.

Selain itu menurut Husam, beliau juga menolak pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun ini.

Bagaimanapun katanya, beliau hanya akan bertanding mempertahankan kedudukannya sekarang.

"Saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua kawasan terlibat yang telah memberikan  kepercayaan dan harapan begitu tinggi kepada saya, termasuk untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden parti.

"Saya memahami hasrat dan keprihatinan mereka, terutama terhadap hala tuju perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dalam konteks Malaysia bagi dekad akan datang.

"Dengan memohon berbanyak maaf kepada semua kawasan dan ahli yang meletakkan harapan besar itu, saya hanya berhasrat menerima pencalonan jawatan Naib Presiden PAS yang saya sandang sekarang,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Pendirian Husam itu sekaligus menyaksikan saingan satu lawan satu bagi jawatan Presiden PAS antara Hadi dan bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang.

Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, hingga kini hanya penyandang jawatan, Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan untuk bertanding merebut jawatan nombor dua parti itu.

Husam Musa, Presiden, PAS

Artikel Lain