suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Tanggal Baju Tak Ingat Kejadian - Polis

KUALA LUMPUR: Wanita yang menanggalkan pakaian untuk mengelak membayar makanan yang dibelinya di Petaling Street tidak dapat mengingati apa-apa tentang kejadian tersebut.

Polis berkata, wanita berusia 32 tahun itu didapati berada dalam keadaan khayal setelah mengambil syabu, ketika menanggalkan pakaiannya dalam kejadian Khamis, yang telah menjadi viral di media sosial.

"Kami memanggilnya untuk soal siasat pada Sabtu tetapi hanya boleh bercakap dengannya beberapa ketika kemudian kerana dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Air kencingnya didapati positif methamphetamine," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah.

Beliau berkata, ketika disoal, wanita itu mendakwa dia tidak ingat tentang kejadian itu.

"Ia adalah satu kes yang cukup mudah. Kami telah mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan akan melakukan pendakwaan terhadapnya hari ini," katanya.

Sementara itu, pemeriksaan identiti terhadap wanita itu mendedahkan bahawa dia adalah seorang model dari Sabah yang telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan ratu cantik dan program realiti televisyen tempatan.

Menurut laporan, wanita itu menanggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar harga makanan berharga sekitar RM18.

Artikel Lain