Boikot PKR: Yusni Mat Piah Berdepan Tindakan Disiplin - Semasa | mStar

Boikot PKR: Yusni Mat Piah Berdepan Tindakan Disiplin

Yusni Mat Piah

BUKIT MERTAJAM: Gara-gara memboikot kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah bakal berhadapan tindakan disiplin di atas tuduhan mengingkari arahan PAS Pusat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, semua ahli PAS wajib menolak sebarang kenyataan yang bertentangan dengan keputusan PAS Pusat berhubung arahan membantu memenangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR.

“Sekiranya ada tindakan dari mana-mana ahli yang terbukti bertentangan dengan arahan ini, tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas ahli tersebut berdasarkan peruntukan-peruntukan yang jelas termaktub dalam perlembagaan.

"Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh Jawatankuasa PAS Pusat terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi kenyataan di sini, Isnin.

Amaran keras Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu dibuat berikutan tindakan nekad Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang memboikot kempen PRK Permatang Pauh.

Ketuanya, Mohd Yusni mengarahkan supaya membekukan jentera dan aset mereka daripada terlibat dalam semua gerak kerja PRK Permatang Pauh.

Arahan boikot itu dibuat selepas permohonan maaf mereka berhubung dakwaan menghina Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak dilayan.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Pengarah Induk Jentera Pilihan Raya PAS Pusat berkata, parti itu komited membantu kemenangan Dr Wan Azizah, justeru jenteranya di semua peringkat akan meneruskan gerak kerja kempen sehingga hari pengundi pada 7 Mei ini.

"Keputusan PAS menyokong dan membantu calon PKR Permatang Pauh telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan badan eksekutif tertinggi dalam organisasi PAS.

“Arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak dalam PAS yang bercanggah dengan keputusan itu adalah dengan sendirinya terbatal,” katanya.


Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain