suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Tanggal Pakaian Di Petaling Street Positif Dadah

PETALING JAYA: Wanita yang bertindak menanggalkan pakaiannya di Petaling Street, Kuala Lumpur didapati positif methamphetamine, menurut polis, Ahad.

"Ujian air kencing dijalankan ke atas suspek yang ditahan berikutan laporan kesalahan mengenai kesopanan di tempat awam  di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, dan air kencingnya didapati positif methamphetamine," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah.

Beliau berkata suspek adalah seorang pekerja spa berusia 32 tahun di Kuala Lumpur.

Pada Sabtu, polis menahan seorang wanita dari Sabah, yang mana videonya dengan aksi pergaduhan, menanggalkan baju dan coli serta kemudian berjalan di kawasan pelancongan yang popular, Petaling Street tersebar di internet.

Zainol mengesahkan bahawa wanita itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Sultan kira-kira pukul 5.30 pagi.

Dalam video itu, beliau telah dilihat bertengkar dengan seorang wanita lain dan kemudian bertindak menanggalkan pakaian yang dipakainya.

Kejadian itu berlaku pada jam 4.30 petang Khamis.

"Dia makan di sebuah restoran di Jalan Petaling dan tidak mahu membayar makananannya," kata Zainol.

Beliau berkata, wanita itu mungkin mabuk kerana dia telah minum dua botol bir di restoran tersebut.

"Dia dimarahi pemilik dan mengejeknya," katanya sambil menambah pemilik restoran itu tidak membuat laporan polis.

Wanita itu menanggalkan pakaiannya untuk mengelak daripada membayar bil berjumlah RM18.

Dia berkunjung ke restoran nasi ayam dengan seorang lelaki, menurut saksi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain