Gempa Bumi Nepal: Rakyat Malaysia Dikhuatiri Hilang - Semasa | mStar

Gempa Bumi Nepal: Rakyat Malaysia Dikhuatiri Hilang

Raj Anthony yang dikhuatiri hilang dikatakan melancong sendirian ke Nepal dan dijadualkan berada di kawasan Himalaya pada 21 hingga 28 April.

KUALA LUMPUR: Seorang warga Malaysia dikhuatiri hilang selepas kejadian gempa bumi yang melanda Nepal apabila keluarganya gagal menghubungi sejak bencana itu, Sabtu lalu.

Sarah Brandt-Anthony, 43 berkata, kali terakhir dia mendapat berita daripada adiknya, Raj Anthony, 37 adalah menerusi Facebook pada 19 April lalu.

"Dia bersama sekumpulan rakan melancong ke India, Nepal dan beberapa destinasi lain, semuanya dirancang untuk tempoh enam bulan dan paparan terakhirnya menerusi Facebook memaklumkan mereka mungkin ke kawasan Himalaya antara 21 hingga 28 April," katanya yang lebih dikenali sebagai DJ Headmasta kepada The Star dari Kanada.

Tambah Sarah lagi, dia cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Nepal untuk mendapat maklumat mengenai Raj di Nepal, bagaimanapun masih belum berjaya bercakap dengan wakil negara di sana.

Beliau berkata, adalah mengecewakan kerana mereka sekeluarga hanya mempunyai maklumat terhad mengenai percutian Raj di Nepal.

"Mungkin dia terkandas dan perlukan bantuan," katanya yang dapat menghubungi beberapa rakan adiknya yang melancong bersamanya.

Bagaimanapun, katanya, Raj dikatakan memutuskan untuk ke Nepal sendirian dan berpisah daripada kumpulannya pada 13 April lalu.

Sehubungan itu, Sarah meminta kerjasama semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai adiknya supaya menghubunginya menerusi emel, hitta.raj@gmail.com.

Setakat ini, gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter itu mengorbankan lebih 2,200 orang.






Raj Anthony , Nepal , DJ Headmasta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain