suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Parlimen Permatang Pauh: Kronologi Proses Penamaan Calon

BUKIT MERTAJAM: Berikut adalah kronologi proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, Sabtu:

9.11 pagi: Calon Bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin serah borang pencalonan. Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, Dr Abdullah Zawawi memutuskan untuk membatalkan pencalonannya selepas mendapati terdapat dua lagi calon bebas.

9.10 pagi: Calon Bebas Azman Shah Othman serah borang pencalonan.

9.05 pagi: Dr Wan Azizah serah borang pencalonan kepada SPR.

9.00 pagi: Pusat penamaan calon dibuka.

8.55 pagi: Calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah tiba di pusat penamaan calon.

8.45 pagi: Calon BN, Suhaimi Sabudin tiba di pusat penamaan calon.

8.25 pagi: Salleh Isahak, 53, tiba di IKBN untuk menyerahkan borang penamaan sebagai calon bebas. 

7.20 pagi: Jalan ke pusat penamaan calon Permatang Pauh ditutup.

7 pagi: Polis membuat kawalan di pusat penamaan calon di IKBN.


Permatang Pauh

Artikel Lain