suria

PRK: Wan Azizah Kembali Tanding Permatang Pauh

BUTTERWORTH: Menepati ramalan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertaruhkan 'calon kitar semula’ - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Pemilihan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR itu secara tidak langsung mengaitkan amalan nepotisme yang wujud dalam parti berkenaan apabila ia hanya ditandingi oleh keluarga Anwar sejak PKR menang di kerusi berkenaan pada 1999.

Pengumuman Dr Wan Azizah sebagai calon PKR untuk menentang Barisan Nasional (BN) dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam majlis ceramah di Seberang Perai Arena di sini, Jumaat malam.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong selepas Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor, pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memenanginya pada tahun 1999 selepas Anwar dipenjarakan atas kesalahan yang sama.

Beliau menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut selama dua penggal dan meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada suaminya yang ketika itu baharu sahaja dibebaskan selepas beliau menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Wan Azizah, Permatang Pauh

Artikel Lain