suria

Empat Penjuru Di Permatang Pauh

(dari kiri) Salleh, Azhar, BSuhaimi dan Dr Wan Azizah selepas masing-masing diumumkan sebagai calon sah bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Jusni Ismail (tengah) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam pada Sabtu. Foto BERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bermula dengan menyaksikan saingan empat penjuru bagi merebut kerusi panas itu.

Dua calon utama menawarkan diri bertanding ialah daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu pilihan raya yang akan diadakan pada 7 Mei ini turut menyaksikan dua calon tampil menawarkan diri bertanding atas tiket Bebas.

Dua yang berkenaan ialah Azman Shah Othman dan Salleh Isahak.

Bagaimanapun Dr Abdullah Zawawi yang turut hadir ke Pusat Penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini menarik diri pada saat-saat akhir walaupun telah menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas.

Pengesahan pencalonan keempat-empat calon berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail.


PRK Permatang Pauh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain