suria

PRK Pmtg Pauh: Ahli Umno Tanding Calon Bebas

Salleh Isahak berbaju melayu hijau muda tiba di pusat penamaan calon di IBKN.

BUKIT MERTAJAM: Ahli Umno Cawangan Alma, Bukit Mertajam, Salleh Isahak memberi kejutan awal apabila tampil ke pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh untuk bertanding sebagai wakil Bebas.

Tampil dengan memakai baju melayu hijau muda dan berkopiah putih ditemani pencadang dan penyokongnya, Salleh mengakui menganggotai Umno sejak 1994.

Beliau juga adalah Presiden Pertubuhan Parti Ikhlas Malaysia (Perbaik) iaitu sebuah NGO yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan keselamatan, khidmat nasihat disamping membantu kebajikan masyarakat.

Ditanya kemungkinan berhadapan tindakan disiplin termasuk dipecat daripada Umno, Salleh berkata, beliau faham dan menyedari akibat yang bakal dihadapinya.

Salleh yang pertama kali menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya juga mendakwa pernah menjadi ahli PAS sehingga 1994.

Salleh Isahak, Permatang Pauh

Artikel Lain