suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengeluaran KWSP Kekal Pada Usia 55 Tahun - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan hak untuk mengeluarkan wang mereka pada usia 55 tahun, kata Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Khamis.

Najib berkata, beliau sedar akan kebimbangan orang ramai mengenai sebarang perubahan KWSP pada masa depan.

"Dalam masa dua hari proses perundingan dalam talian yang baru-baru ini dijalankan, lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan mereka.

"Ia sudah menjadi satu perundingan awam yang terbesar yang pernah dijalankan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat.

"Dan ia jelas bahawa sebahagian besar ahli-ahli KWSP, walaupun memahami kepentingan simpanan persaraan pada usia 60, tetapi mereka mahu hak menggunakan dana persaraan mereka pada usia 55 tahun.

"Saya ingin memberi jaminan kepada rakyat bahawa ahli KWSP akan dikekalkan hak mereka untuk membuat pengeluaran pada usia 55 tahun," katanya.

Najib berkata KWSP akan memastikan bahawa sebarang tambahan baharu akan terpakai hanya kepada penyumbang baharu jika ahli membuat keputusan untuk bekerja selepas umur 55 tahun.

Najib turut mengumumkan KWSP telah memulakan inisiatif untuk menawarkan pilihan pelaburan yang mematuhi Syariah untuk ahli-ahlinya pada 2017.

"Ini akan mewujudkan dana Syariah terbesar seumpamanya di dunia, dan akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam terkemuka," katanya.

KWSP, pengeluaran KWSP, pencarum KWSP

Artikel Lain