suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Tahun Penjara Kerana Tawar Khidmat Seks Kepada Anggota Polis

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa setelah mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis tiga hari lepas.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan R. Poogothai, 59, menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditahan pada 18 April.

Poogothai dituduh menawarkan khidamat seks kepada Sarjan G.Balasubramaniam, 52, di hadapan sebuah hotel di Bukit Bintang di sini pada 2.30 pagi 18 April.

Dia dituduh mengikut Seksyen 32 (B) Kanun Keseksaan.

Ketika diberi peluang mengemukakan rayuan, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon diringankan hukuman atas alasan dia menghidap penyakit kencing manis dan asma.

Timbalan pendakwa raya Norazlin Mohamad Yusoff meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.-- Bernama 




Artikel Lain