suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taun: Larangan Penjualan Minuman Berais Di Pekan Beluran

BELURAN: Pejabat Kesihatan mengeluarkan larangan penjualan minuman berais di kawasan Pekan Beluran berkuatkuasa Isnin bagi mengawal perebakan wabak taun.

Pegawai Kesihatan Kawasan Beluran Dr. Roddy Teo berkata, tindakan itu diambil setelah siasatan dan pemantauan sampel makanan di kawasan Pekan Beluran, mendapati wujud risiko jangkitan taun daripada penjualan minuman berais.

Katanya, pihaknya dengan persetujuan Jawatankuasa Wabak Kolera Daerah Beluran memutuskan larangan itu termasuk minuman berais buatan sendiri atau ais tiub dari pembekal.

Larangan meliputi restoran, warung makan, gerai penjaja dan Tamu Mingguan di seluruh kawasan Pekan Beluran.

Larangan berkuatkuasa hingga berakhir wabak taun di daerah Beluran, katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata, alternatif air minuman sejuk dibenarkan adalah dalam bungkusan kotak, tin dan botol daripada kilang yang disejukkan di dalam peti sejuk. -- Bernama

kolera, Beluran, Roddy Teo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain