suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BSN Taja Empat Sekolah Untuk Program Karnival Sekolah

KOTA BARU: Bank Simpanan Nasional (BSN) pada Selasa menandatangani Memorandum Persefahaman bersama empat buah sekolah terpilih di negeri ini bagi menjayakan Karnival Sekolah BSN 2015.

Pengarah Perniagaan Negeri BSN Kelantan Mohd Azian Abu Samah berkata program itu bagi membantu meningkatkan dana sekolah melalui jualan amal dan aktiviti yang dijalankan.

"Empat buah sekolah terpilih itu adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Tze di Tumpat, Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Merah 1 di Tanah Merah, manakala dua sekolah di Kota Baharu iaitu SJKC Chung Cheng dan SK Dato Hashim 2.

"BSN akan menaja RM10,000 untuk setiap sekolah terpilih ini bagi menjalankan aktiviti di sepanjang program itu dari 1 Mei hingga 30 November depan," katanya ketika berucap di Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman BSN Dengan Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan di sini, Selasa.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan Ab Aziz Abdullah.

Sebanyak enam buah sekolah negeri ini telah ditaja BSN bagi mengikuti program sama tahun lepas, katanya.

"Penglibatan BSN di sekolah ini akan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai produk-produk BSN selain memberi kesedaran budaya menabung yang perlu dipupuk di peringkat awal lagi," katanya.

Terdapat 52 buah sekolah terpilih di seluruh Malaysia terlibat dengan karnival ini sejak ia mula diperkenalkan pada 2014.

Selain itu, BSN juga mengambil inisiatif memperkasa tabiat menyimpan di kalangan pelajar sekolah melalui Kelab Simpanan BSN, Kelab Penabung Muda (KPM) dan Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP). -- Bernama 



BSN, karnival, Mohd Azian Abu Samah

Artikel Lain