suria

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kos Sara Hidup

Muhyiddin (kanan) mempengerusikan mesyuarat khas 'Menangani Kos Sara Hidup' di Parlimen di Putrajaya, Rabu. Turut hadir Ismail Sabri (kiri). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Kos Sara Hidup Rakyat di Bilik Jawatankuasa 1, Parlimen di sini. 

Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan serta wakil -agensi kerajaan yang berkaitan.

Agenda mesyuarat yang dibincangkan termasuk melihat isu berkaitan harga barangan dan mencari kaedah untuk menstabilkan harga barangan.

Timbalan Perdana Menteri dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai hasil mesyuarat itu pada petang Rabu.

Jawatankuasa itu yang ditubuhkan pada 15 Januari 2014 merupakan lanjutan daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Menangani Kos Sara Hidup.

Antara peranan jawatankuasa itu adalah menyelaras pelaksanaan dasar dan program pelbagai kementerian dan agensi terlibat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.

Muhyiddin Yassin, NKRA

Artikel Lain