suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rafizi Ditahan Bantu Siasatan Perhimpunan #KitaLawan

Rafizi (kiri) bersalaman dengan penasihat undang-undang MCA Wanita Melaka, Datuk Kian Sit Har ketika perhimpunan #KitaLawan 7 Mac lalu.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ditahan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 7.00 malam Selasa selepas membuat laporan 1MDB. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan dilakukan pada pukul 6.45 petang ini.

Zainuddin berkata, Rafizi ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman yang dipercayai berkaitan dengan himpunan tanpa kebenaran #kitalawan pada 7 Mac lalu. 

Sebelum itu, Rafizi tiba di Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 3.25 petang untuk membuat laporan mengenai kontroversi 1MDB dan dijangka akan membuat sidang media selepas itu.

Rafizi menjadi individu keempat yang ditahan berkaitan dengan perhimpunan haram tersebut selepas Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Ketua Pemuda PKR, Nik NAzmi Ahmad dan dan ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan bahagian komunikasi PKR sebentar tadi memaklumkan Rafizi mungkin akan dibebaskan malam ini.

Rafizi Ramli, #KitaLawan

Artikel Lain