"Saya mahu supaya persiapan lebih awal dibuat jika kemungkinan berlaku penurunan kadar air di empangan seperti bekalan air mentah ke loji rawatan dan bekalan air bersih yang akan disalurkan kepada pengguna.
"Saya tidak mahu masalah catuan ini berulang seperti tahun lepas jadi saya akan lihat semua faktor termasuk soal peningkatan penguatkuasaan di sungai-sungai supaya tidak ada pencemaran yang akan menyebabkan loji rawatan terpaksa ditutup," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan masjid di Masjid Parit Serong di sini, Jumaat.
Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang dalam proses menyiapkan projek 'Hybrid Off River Augmentation System' (Horas) di Kuala Selangor yang dijangka siap pada September ini sebagai alternatif jika berlaku kekurangan bekalan air mentah.Mengenai penggunaan air lombong sebagai alternatif untuk membekalkan air kepada pengguna, Mohamed Azmin berkata semua pihak tidak perlu bimbang kerana kandungannya telah disahkan bebas daripada pencemaran.


