suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal Tunda Karam: Identiti Rakyat Malaysia Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam insiden bot tunda karam di Terusan Fubei, Sungai Yangtze dekat Jiangjiang, Wilayah Jiangsu di China, dikenal pasti sebagai Cheong Kin Chin.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Ahad melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Cheong, yang berasal dari Negeri Sembilan.

"Kementerian juga akan membantu urusan perjalanan keluarga mendiang ke China. Konsulat Malaysia di Shanghai sedang bekerjasama rapat dengan pihakberkuasa China untuk menguruskan penghantaran pulang mayat Cheong ke Malaysia," katanya.

Kementerian itu berkata pihak berkuasa di China pada hari ini mengesahkan seorang rakyat Malaysia maut dalam insiden bot tunda itu Khamis lepas di Terusan Fubei.

"Daripada 25 mangsa hanya tiga terselamat sementara yang lain-lain disahkan terbunuh termasuk empat warga Singapura, satu rakyat Malaysia, satu rakyat India, satu warga Indonesia dan satu rakyat Jepun," katanya. 

kapal tunda karam

Artikel Lain