Puteri Umno Kecam Kedai Permainan Diskriminasi Pekerja Bertudung - Semasa | mStar

Puteri Umno Kecam Kedai Permainan Diskriminasi Pekerja Bertudung

Mas Ermieyati Samsudin
Mas Ermieyati Samsudin.

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno mengecam tindakan sebuah kedai permainan terkemuka di ibu negara yang bersikap diskriminasi terhadap pekerja wanita bertudung.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan kedai permainan itu menunjukkan masih terdapat golongan berfikiran sempit terhadap mereka yang memakai tudung dan ia bertentangan dengan hak asasi seorang Muslim.

"Alasan tidak diterima bekerja sebab bertudung atau arahan membuka tudung jika ingin bekerja adalah hanya alasan dangkal yang tiada kena mengena dengan tahap pencapaian seorang pekerja," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau mengulas luahan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor menerusi laman Twitter mengenai sebuah kedai permainan terkemuka yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di premis itu pada Khamis lepas.

Mas Ermieyati berkata, tindakan dan pemikiran itu wajar dikikis dan menuntut kedai terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media kerana ia melibatkan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini