suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 Warga Filipina, 13 Indonesia Ditahan Di Kota Kinabalu

Gambar hiasan.
KOTA KINABALU: Polis mengesahkan seramai 20 warga Filipina dan 13 warga Indonesia ditahan dalam Ops Nyah Bersepadu di sebuah tapak pembinaan di Likas, pada Khamis.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kesemua mereka telah dihantar ke lokap berpusat untuk tahanan dan siasatan lanjut.

Dalam operasi selama 10 jam bermula pukul 7 pagi itu, sembilan individu turut ditahan kerana positif dadah, katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Operasi itu akan dilaksanakan setiap minggu bagi membanteras masalah pendatang tanpa izin dan setinggan di bandar raya ini, katanya.

Chandra berkata operasi yang dijalankan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain membabitkan sembilan pegawai dan 230 anggota itu telah memeriksa 131 pekerja asing di tapak pembinaan itu.

Artikel Lain