suria

Trafik Dijangka Sesak Di Woodlands, Tuas Sempena Cuti

Pusat pemeriksaan ICA Tuas antara yang dijangka sesak menjelang akhir bulan ini.

SINGAPURA: Aliran trafik di pusat pemeriksaan darat di Woodlands dan Tuas dijangka sesak menjelang cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu pada 25 Disember ini dan 1 Januari 2015.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata jumlah trafik di kedua-dua pusat pemeriksaan itu dijangka bertambah sesak bermula Selasa (23 Disember) dan berterusan hingga Ahad (4 Januari 2015).

Pengguna yang menggunakan pusat pemeriksaan berkenaan dalam tempoh itu harus menjangkakan kelewatan.

Dengan pemeriksaan keselamatan, ICA berkata kesesakan tidak dapat dielakkan, terutama penambahan jumlah orang ramai yang menggunakan pusat itu pada masa yang sama.

Bagi mengelakkan orang ramai dan kenderaan berpusu-pusu untuk mendapatkan laluan di pusat pemeriksaan, mereka yang melakukan perjalanan dinasihat mengubahsuai jadual perjalanan sedapat mungkin.

Mereka juga dinasihatkan untuk memeriksa situasi trafik di kedua-dua pemeriksaan darat itu sebelum memulakan perjalanan.

 
Woodlands, Tuas, ICA, Krismas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain