suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azmin Harap Jawatan Ketua Pembangkang Selangor Diputuskan Sebelum Mac

Mohamed Azmin Ali

SHAH ALAM: Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berharap jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor yang baharu diputuskan selewat-lewatnya sebelum persidangan dewan dijadual Mac tahun depan. 

Mohamed Azmin berkata jawatan Ketua Pembangkang sewajarnya diisi segera memandangkan jawatan itu mempunyai tugas penting semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan negeri.  

"Adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan tepat (mengenaijawatan ketua pembangkang) demi kepentingan rakyat Selangor. 

"Kami dari Pakatan Rakyat (PR) mahu perkara mengenai jawatan ini diberi perhatian serius bagi memastikan demokrasi terus subur di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Kembali ke Sekolah' pada Ahad. 

Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong dari BN Datuk Mohd Shamsuddin Lias sebagai ketua pembangkang Selangor. 

Ini berikutan keengganannya menerima pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor sebagaimana menurut peraturan tetap DUN Selangor yang baru dipinda.

MB Selangor, Ketua Pembangkang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain