suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala AFF Suzuki: Polis Kenal Pasti Penyokong Malaysia

Antara gambar individu yang dicari polis berkaitan kes pergaduhan bersama penyokong Vietnam semasa separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki pada Ahad lepas, semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Selasa. -fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Polis telah mengenal pasti penyokong Malaysia yang bertindak liar menyerang penyokong Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam pada Ahad lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Penolong Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Alan Bersin di pejabatnya di sini pada Selasa, beliau berkata pendakwaan terhadap mereka akan dibuat setelah siasatan selesai.

"Walaupun mereka rakyat Malaysia, bagi saya kita tidak harus berkompromi dengan penyokong-penyokong Malaysia yang melakukan kekejaman terhadap penyokong negara lain. Langsung tiada semangat kesukanan dan tindakan harus diambil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan liar segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam berikutan kekalahan 1-2 skuad Harimau Malaya kepada Vietnam pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Shah Alam.

Ahmad Zahid berharap pihak pengurusan stadium dan penganjur memisahkan tempat duduk penyokong.

"Perkara ini (memisahkan tempat duduk penyokong) harus menjadi prosedur operasi standard agar tidak mencampurkan penyokong kedua-dua pasukan," katanya. 

Artikel Lain