suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Nigeria Mengaku Tidak Bersalah Cuba Bunuh Polis

KUALA LUMPUR: Dua pelajar warga Nigeria mengaku tidak bersalah atas tuduhan cuba membunuh seorang pegawai polis yang melakukan pemeriksaan harian di Sentul di sini bulan lepas.

Calicutus Ezewezie, 27, (ulang: Calicutus Ezewezie) dan Okolo Chukwu Ebuka Andrew, 27, (ulang: Okolo Chukwu Ebuka Andrew) didakwa melakukan kesalahan itu dengan melanggar Insp Ruslan Ab Rashid menggunakan kereta jenis Perodua Myvi, yang boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan berkenaan dilakukan di hadapan Aeon Big, Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan Kepong pada 7.20 malam, 20 Nov lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Poad tidak menawarkan jaminan atas alasan kedua-dua tertuduh merupakan warga asing dan mangsa seorang penjawat awam.

Hakim Zainol Rashid Hussain membenarkan setiap tertuduh dijamin RM15,000 dengan seorang penjamin warga tempatan selain dikehendaki melaporkan diri dua minggu sekali di balai polis berdekatan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Jaspal Singh Mann.

Mahkamah menetapkan 12 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain