suria

Najib Tunaikan Janji - Liow

Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pemimpin yang mengotakan apa yang dikatakannya apabila menegaskan bahawa sekolah vernakular Cina akan terus kekal, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata, beliau juga menyambut baik kenyataan Najib yang memperkukuhkan hakikat bahawa kontrak sosial Malaysia adalah bersandarkan kepada keterangkuman.

"MCA menghargai kenyataan tegas Perdana Menteri yang menekankan bahawa pendidikan vernakular ialah sebahagian daripada manifesto Barisan Nasional (BN)serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia," kata Liow dalam kenyataan di sini, Ahad malam.

Dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan pada Ahad, Najib yang juga Pengerusi BN menegaskan bahawa sekolah vernakular di negara ini akan kekal kerana penubuhannya ialah sebahagian daripada kontrak sosial negara.

Liow berkata, kenyataan itu menunjukkan Najib menunaikan apa yang dijanjikannya dengan meminta semua rakyat Malaysia supaya memainkan peranan untuk membangunkan negara kerana mereka adalah sebahagian daripada masa depan kolektif.

"Ketika rakyat menjadi lebih peka tentang hak-hak demokratik mereka, BN harus menjadi lebih relevan dan menarik bagi populasi lebih besar dalam berdepan elemen tidak diingini yag cuba memecah belahkan perpaduan kita dan menghakis interaksi harmoni antara kaum.

"Semua rakyat Malaysia, terutama golongan muda, perlulah menangkis perlakuan seperti itu demi generasi akan datang," kata beliau.

Liow Tiong Lai, vernakular, BN

Artikel Lain